Royalti Minyak & Petroleum di Kelantan - Anak Kelantan perlu tahu !!!


Whatever is due to the state according to the Vesting Agreement must be paid to the state!” – Tengku Razaleigh Hamzah, July 10, 2009

Oleh: Syed Azidi AlBukhary


Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,

“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”

Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 di tafsirkan mengikut Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,

  • Persekutuan hendaklah di kenali sebagai Malaysia di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Negeri-negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
  • Wilayah-wilayah Negeri ini adalah seperti yang wujud sebelum merdeka. (meliputi perairannya).

Oleh yang demikian setiap kali kalimah “onshore” dan “offshore” di gunapakai dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 ianya bermaksud “onshore” atau “offshore” kepada satu daripada 13 Negeri dalam Persekutuan dan bukannya Persekutuan secara keseluruhan.

Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.

  • Territorial sea iaitu 22 km dari daratan.
  • Contagious zone iaitu 44 km dari daratan.
  • Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 370 km dari daratan.

Oleh yang demikian, setiap kawasan di dalam Perairan Malaysia adalah milik salah satu daripada 13 negeri yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memahami JDA

Joint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.

JDA hanyalah kawasan pembangunan bersama dan bukan wilayah khas. Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing. kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990 (rujuk lampiran). Ini bererti Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih supreme law disitu.

Akta yang sama juga menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.

Berdepan Dengan Petronas



Rakyat Kelantan harus bersedia berhadapan dengan Petronas jika Petronas tidak bersedia menegakkan kebenaran dan mengotakan perjanjian. Rakyat Kelantan diseluruh dunia harus bersedia jika Petronas membelakangkan perjanjiannya dengan Kerajaan Kelantan.

Dunia korporat dan dunia sukan lumba kereta F1 merupakan medan-medan terbaik untuk dunia mengenali Petronas sebenar-benarnya.

Hasil Bumi Di Pantai Kelantan



Petronas tidak boleh mudah berkata tiada hasil gas atau petroleum di Kelantan. Petronas harus juga jelas dengan dua buah telaga di luar JDA iaitu Gajah-1 dan Ular-1 yang terletak di blok PM 301 dan PM 302 tetapi dikaburi dengan nama JDA. Begitu juga dengan Lawit dan Jerneh, pengeluar Gas yang mampu menampung keperluan satu pertiga keperluan Semenanjung. Lawit dan jerneh terletak di Blok PM 303. Dibayar royaltinya kepada Terengganu walaupun kesahihan kedudukannya boleh dipertikaikan oleh rakyat Kelantan.

Petronas juga harus menjelaskan penemuan-penemuan di Blok PM 301 dan PM 302 yang dalam lingkungan kedalaman air kurang 70 meter.

Sumber & Lampiran: Sila KLIK



Test Plot Lada menggunakan Baja organik IMO 5

Sebetul nya permintaan baja organik semakin meluas untuk pertanian. Baja organik mempunyai nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran pokok dan menghasilkan buah yang baik.Manakala IMO ( Mikroorganisma yang terkandung dalam baja organik bertindak sebagai agen penyubur dan perawat tanah. Sekam padi pula mampu melembapkan tanah dan menyimpan air.

Sekarang ini kami sedang mencuba campuran organik yang mengandungi tanah dan baja organik IMO 5 untuk penanaman lada di dalam polibeg.


Pokok - pokok lada kulai ni baru je berusia 3 minggu .
( pandangan tepi)




pandangan atas - daun yg hijau







test plot lebih kurang 100 pokok lada kulai


Gambar pemprosesan baja.

1. Baja IMO 4 dan baja ikan. Baja IMO 4 telah di pek dalam plastik. Sebelah baja IMO 4 ialah baja ikan. Baja ikan untuk menjadikan baja cecair dan boleh disembur pada pokok. Baja ini akan membantu untuk tumbesaran pokok.

2. Baja yang diproses ini menggunakan jantung pisang sebagai bahan mentah. setelah dicampur dengan bahan-bahan yang lain dan diperam, bahan ini akan ditapis dan cecair nya merupakan pati untuk baja sembur@baja cecair.

3. Menggunakan buah pisang untuk menghasilkan pati cecair. Digunakan untuk baja semburan juga.

Bahan - bahan cecair juga boleh digunakan untuk menghasilkan baja IMO 4 .




Baja organic

Ok untuk petani - petani sekalian, kami perkenalkan baja organik IMO 5 ni.

Baja ni bagus untuk semua jenis tanaman. Tade bahan kimia, semua bahan - bahan yang digunakan adalah dari sumber asli dan persekitaran. daripada IMO 1 - hingga IMO 5 , menggunakan bahan-bahan sedia ada yang diekstrak dari tumbuhan dan haiwan

Cth yang kami bagi kat sini

IMO 1 = amik nasi dingin bubuh dalam bekas dan letak bawah pokok buluh, lepas 2-3 mlm nasi diliputi kulat putih.

IMO2 = IMO 1 tadi campur ngan gula merah

IMO3= IMO 2 campur dgn air beras + dedak

IMO4 = IMO 3 campur tanah dan simpan .. bolih guna sampai setahun

IMO 5 plak = IMO 4 + dengan najis haiwan. .. so IMO 5 inilah yang digunakan sebagai baja.

Dalam baja IMO ni mempunyai banyak kelebihan. Tanah bolih jadi gembur,subur, produktiviti tanaman bolih meningkat 40 - 60 peratus dan kurangkan penyakit

Setakat ini kami sudah mencuba baja IMO ni untuk banyak tanaman. Sayur, serai, getah , kelapa sawit dan pokok buah limau madu.Hasil nya memuaskan .

Untuk yang berminat mencuba bolih cuba pek pek kecil spt di bawah



Beg 2 Kilo - RM 3.00




Beg 5 Kilo - Rm 7.00
Contact No - PokMuda 013-9766019



Papan tanda stor Baja organik kami



Pandangan sisi stor baja



Mengemas stor baja, bahagian dalam


6at4u5y2qd

Jual Serai lagi

Ha. ni lagi lagi jual serai .. tengok sini serai besar besar. Harga serai antara 80-1.00 sekilo. tapi kami dapat harga istimewa ..:)



ni nama dia serai kampung ..amacam besar tak ?? 50 btg seikat .. berat 100 btg adala 3,4-5 kilo .

ni dah loading dalam lori

abis loading , senyum besar la ...tuan kebun, kem, pok muda dan shafik go go go serai !!



mana datang plak durian ni ??.. hoho skang nie musim durian akan tiba kat manik urai ni.. sape sape yang datang kempen pilihanraya dun Manek Urai bolih la makan durian free....

sibuk mengira hasil yang diperolehi...banyak ke tu ??.... adalah 900 kilo lebih.

Ni lori serai dah siap nak gerak dah ni ..hari pon dah nak kul 12 .. jom balik makan..Pok Muda tukar profesyen dari bawak baja ke bawak serai kejap hehehe....





Pengenalan

Pengenalan
Kami adalah pengusaha baja organik IMO. Tujuan kami ber-blog agar dapat berkenalan sesama rakan tani, berkongsi maklumat dan tunjuk ajar amatlah digalakkan.

Hubungi kami

Pak Muda Lata Rek Enterprise
Lot 5127, Kg Jelkis , Lata Rek
18000, Kuala Krai, Kelantan

Pok Muda - 013-9766019
Kem - 019-6699224
Mat - 019-2717990

Email
bajaorganik[at]gmail[dot]com

Sembang-sembang