Baja organic

Ok untuk petani - petani sekalian, kami perkenalkan baja organik IMO 5 ni.

Baja ni bagus untuk semua jenis tanaman. Tade bahan kimia, semua bahan - bahan yang digunakan adalah dari sumber asli dan persekitaran. daripada IMO 1 - hingga IMO 5 , menggunakan bahan-bahan sedia ada yang diekstrak dari tumbuhan dan haiwan

Cth yang kami bagi kat sini

IMO 1 = amik nasi dingin bubuh dalam bekas dan letak bawah pokok buluh, lepas 2-3 mlm nasi diliputi kulat putih.

IMO2 = IMO 1 tadi campur ngan gula merah

IMO3= IMO 2 campur dgn air beras + dedak

IMO4 = IMO 3 campur tanah dan simpan .. bolih guna sampai setahun

IMO 5 plak = IMO 4 + dengan najis haiwan. .. so IMO 5 inilah yang digunakan sebagai baja.

Dalam baja IMO ni mempunyai banyak kelebihan. Tanah bolih jadi gembur,subur, produktiviti tanaman bolih meningkat 40 - 60 peratus dan kurangkan penyakit

Setakat ini kami sudah mencuba baja IMO ni untuk banyak tanaman. Sayur, serai, getah , kelapa sawit dan pokok buah limau madu.Hasil nya memuaskan .

Untuk yang berminat mencuba bolih cuba pek pek kecil spt di bawah



Beg 2 Kilo - RM 3.00




Beg 5 Kilo - Rm 7.00
Contact No - PokMuda 013-9766019



Papan tanda stor Baja organik kami



Pandangan sisi stor baja



Mengemas stor baja, bahagian dalam


6at4u5y2qd

Jual Serai lagi

Ha. ni lagi lagi jual serai .. tengok sini serai besar besar. Harga serai antara 80-1.00 sekilo. tapi kami dapat harga istimewa ..:)



ni nama dia serai kampung ..amacam besar tak ?? 50 btg seikat .. berat 100 btg adala 3,4-5 kilo .

ni dah loading dalam lori

abis loading , senyum besar la ...tuan kebun, kem, pok muda dan shafik go go go serai !!



mana datang plak durian ni ??.. hoho skang nie musim durian akan tiba kat manik urai ni.. sape sape yang datang kempen pilihanraya dun Manek Urai bolih la makan durian free....

sibuk mengira hasil yang diperolehi...banyak ke tu ??.... adalah 900 kilo lebih.

Ni lori serai dah siap nak gerak dah ni ..hari pon dah nak kul 12 .. jom balik makan..Pok Muda tukar profesyen dari bawak baja ke bawak serai kejap hehehe....





Program Turun Padang MoA.Inc DUn Manek Urai




Semalam 23/06/09 - selasa. Moa.Inc @ Ministry of Agriculture , incorporated @ jabatan-jbtn bawah Kementerian Pertanian telah turun padang di Dun Manek Urai. Sebanyak 7 program telah diadakan di DUN Manek Urai . Biasalah amik kesempatan pilihanraya. Salah satu program dianjurkan di Stor baja kami. Program turun padang ini adalah untuk menerangkan kepada petani-petani akan bantuan - bantuan yang bolih diperolehi dari jabatan-jabatan tersebut . Antara jabatan yang hadir adalah Jabtn Pertanian, FAMA, LPP dan Lembaga Nenas. Program bermula pada pukul 10.30 pg dan berakhir pada pukul 1.00 tgh. Ni gambar - gambar yg di snap ketika program.

org kampung menanti ketibaan pengarah-pengarah jabatan

pegawai dari jabatan pertanian



Banyak penerangan yang telah diberikan antaranya bantuan dari LPP (Peladang), petani bolih membeli mesin @ jentera dgn separuh harga. tu dah cukup baik tue bagi petani . kalau pam air 1000, bolih beli ngan harga 500. lagi separuh peladang support. ha amcam.

ketibaan Pengarah-pengarah


antara Bos FAMA

FAMA pula bolih bantu petani untuk amik hasil pertanian , dengan syarat kena ikat kontrak awal bukan last minute. Biasanya masaalah yang berlaku adalah petani tanam banyak - banyak tanpa mengambil kira pasaran semasa. lambat berhubung dgn FAMA untuk proses ikat kontrak pengambilan hasil .

Pengagihan insentif tanaman pula sangat sedikit . Jbtn P'tanian menggalakkan petani untuk menuntuk insentif kerana masih ada 11 juta lagi peruntukan yang ada. So bagi petani - petani yang sedang menjual hasil bolih menuntut insentif , cepat- cepat .. Hasil tuaian serai kami pon bolih tahan untuk tuntut insentif ni .. adalah dekat 10 tan.

81 ringgit untuk sayur
78 ringgit untuk buah-buahan. kalau satu ekar tanaman bolih hasil 10 ke 20 tan .. hurm ok gak tue .......



Banyak jugak masaalah yang ditimbulkan petani .. tapi yang aku tertarik skang nie adalah pasaran serai. InsyaAllah pasaran serai tue ada . cuma kena tanya dan usaha untuk mencari. kata pegawai pertanian negeri tu. Sedikit masa lagi akan ada perbincangan untuk mengambil serai petani - petani . di kuala Krai ni . InsyaAllah, sedang diusahakan sekarang ni.


Gambar - gambar lain sekitar hari program

barisan pengarah - pengarah, LPP, FAMA, PERTANIAN


sesi soal jawab dengan petani






Jual Serai

Di samping Baja organik yang diusahakan .. kami juga menanam serai untuk tambah pendapatan.Alhamdulillah ada gak pasaran serai . ni serai yang telah dicuci. lambat jugak nak cuci serai ni . Untuk proses cuci serai seorang bolih cuci lebih kurang 2-4 ribu batang sehari .. bergantung kepada keupayaan masing masing - tu untuk professional .. untuk pekerja amatur ..mungkin 1000 batang sehari pon agak susah..so tugas mencuci serai ni sebenarnya agak leceh dan perlukan orang yang pro untuk mempercepatkan proses mencuci(bersihkan serai)


Khamis 18/06/09 - pukul 8.30 proses memunggah serai - serai yang telah dicuci ke dalam lori ... kami hanya menggunakan lori 1 tan untuk penghantaran ini .. 1.8 tan serai di punggah ke dalam lori dan bersedia untuk dihantar.


Ni Lori yang telah diisi dengan serai . skang ni sedang isi minyak . pukul 10 lebih baru bolih nak jalan.. ok chow .. nak gi antar serai......

Pengenalan

Pengenalan
Kami adalah pengusaha baja organik IMO. Tujuan kami ber-blog agar dapat berkenalan sesama rakan tani, berkongsi maklumat dan tunjuk ajar amatlah digalakkan.

Hubungi kami

Pak Muda Lata Rek Enterprise
Lot 5127, Kg Jelkis , Lata Rek
18000, Kuala Krai, Kelantan

Pok Muda - 013-9766019
Kem - 019-6699224
Mat - 019-2717990

Email
bajaorganik[at]gmail[dot]com

Sembang-sembang