Program Turun Padang MoA.Inc DUn Manek Urai




Semalam 23/06/09 - selasa. Moa.Inc @ Ministry of Agriculture , incorporated @ jabatan-jbtn bawah Kementerian Pertanian telah turun padang di Dun Manek Urai. Sebanyak 7 program telah diadakan di DUN Manek Urai . Biasalah amik kesempatan pilihanraya. Salah satu program dianjurkan di Stor baja kami. Program turun padang ini adalah untuk menerangkan kepada petani-petani akan bantuan - bantuan yang bolih diperolehi dari jabatan-jabatan tersebut . Antara jabatan yang hadir adalah Jabtn Pertanian, FAMA, LPP dan Lembaga Nenas. Program bermula pada pukul 10.30 pg dan berakhir pada pukul 1.00 tgh. Ni gambar - gambar yg di snap ketika program.

org kampung menanti ketibaan pengarah-pengarah jabatan

pegawai dari jabatan pertanian



Banyak penerangan yang telah diberikan antaranya bantuan dari LPP (Peladang), petani bolih membeli mesin @ jentera dgn separuh harga. tu dah cukup baik tue bagi petani . kalau pam air 1000, bolih beli ngan harga 500. lagi separuh peladang support. ha amcam.

ketibaan Pengarah-pengarah


antara Bos FAMA

FAMA pula bolih bantu petani untuk amik hasil pertanian , dengan syarat kena ikat kontrak awal bukan last minute. Biasanya masaalah yang berlaku adalah petani tanam banyak - banyak tanpa mengambil kira pasaran semasa. lambat berhubung dgn FAMA untuk proses ikat kontrak pengambilan hasil .

Pengagihan insentif tanaman pula sangat sedikit . Jbtn P'tanian menggalakkan petani untuk menuntuk insentif kerana masih ada 11 juta lagi peruntukan yang ada. So bagi petani - petani yang sedang menjual hasil bolih menuntut insentif , cepat- cepat .. Hasil tuaian serai kami pon bolih tahan untuk tuntut insentif ni .. adalah dekat 10 tan.

81 ringgit untuk sayur
78 ringgit untuk buah-buahan. kalau satu ekar tanaman bolih hasil 10 ke 20 tan .. hurm ok gak tue .......



Banyak jugak masaalah yang ditimbulkan petani .. tapi yang aku tertarik skang nie adalah pasaran serai. InsyaAllah pasaran serai tue ada . cuma kena tanya dan usaha untuk mencari. kata pegawai pertanian negeri tu. Sedikit masa lagi akan ada perbincangan untuk mengambil serai petani - petani . di kuala Krai ni . InsyaAllah, sedang diusahakan sekarang ni.


Gambar - gambar lain sekitar hari program

barisan pengarah - pengarah, LPP, FAMA, PERTANIAN


sesi soal jawab dengan petani






0 comments:

Post a Comment

Pengenalan

Pengenalan
Kami adalah pengusaha baja organik IMO. Tujuan kami ber-blog agar dapat berkenalan sesama rakan tani, berkongsi maklumat dan tunjuk ajar amatlah digalakkan.

Hubungi kami

Pak Muda Lata Rek Enterprise
Lot 5127, Kg Jelkis , Lata Rek
18000, Kuala Krai, Kelantan

Pok Muda - 013-9766019
Kem - 019-6699224
Mat - 019-2717990

Email
bajaorganik[at]gmail[dot]com

Sembang-sembang